Sunday, 31 March 2013

REFLEKSI

Berikan refleksi pembelajaran anda pada 23 Mac 2013. Berikan model sekolah berkesan yang boleh diaplikasikan di sekolah anda. Sila beri latar belakang sekolah anda sebelum menghuraikan model yang anda pilih.

Saya bertugas di Maktab Rendah Sains MARA Tun Mustapha yang dahulunya dikenali sebagai  Maktab Rendah Sains MARA Tawau. Sekolah saya merupa sekolah berasrama penuh yang mana pelajar terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam UPSR. Boleh dikata mereka semua terdiri daripada pelajar cemerlang akademik. Saya akan menggunakan model sekolah berkesan yang diperkenalkan oleh Halpin dan Croft (1963). Munurut model ini iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut: (1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan, (2)
guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya, (3) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa, dan (4) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment