Iklim dan budaya sekolah adalah penting untuk memacu kecemerlangan sekolah. Bagaimanakah anda sebagai pemimpin memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh warga sekolah anda?
Sebagai seorang pemimpin sekolah saya akan memastikan budaya cemerlang sentiasa diamalkan di sekolah. Untuk tujuan membudayakan kecemerlangan tersebut beberapa pendekatan saya guna pakai. Pendekatan yang paling utama ialah berkongsi objektif dan matlamat. Saya akan mematikan objektif dan matlamat sekolah boleh difahami dan dikongsi bersama guru, pelajar, pekerja bukan akademik, dan ibu bapa serta penjaga. Dengan tujuan tersebut, saya akan jelaskan misi, visi, objektif, dan matlamat sekolah sama ada dalam setiap ucapan, dalam mesyuarat, dan terdapat juga di dinding-dinding atau papan kenyataan. Selain itu saya akan mengamalkan budaya kerja profesioanal yang diterapkan dalam amalan setiap guru dan pelajar-pelajar.
No comments:
Post a Comment