Iklim dan budaya sekolah adalah penting untuk memacu kecemerlangan sekolah. Bagaimanakah anda sebagai pemimpin memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh warga sekolah anda?
Sebagai seorang pemimpin sekolah saya akan memastikan budaya cemerlang sentiasa diamalkan di sekolah. Untuk tujuan membudayakan kecemerlangan tersebut beberapa pendekatan saya guna pakai. Pendekatan yang paling utama ialah berkongsi objektif dan matlamat. Saya akan mematikan objektif dan matlamat sekolah boleh difahami dan dikongsi bersama guru, pelajar, pekerja bukan akademik, dan ibu bapa serta penjaga. Dengan tujuan tersebut, saya akan jelaskan misi, visi, objektif, dan matlamat sekolah sama ada dalam setiap ucapan, dalam mesyuarat, dan terdapat juga di dinding-dinding atau papan kenyataan. Selain itu saya akan mengamalkan budaya kerja profesioanal yang diterapkan dalam amalan setiap guru dan pelajar-pelajar.
Sunday, 31 March 2013
REFLEKSI
Berikan refleksi pembelajaran anda pada 23 Mac 2013. Berikan model sekolah berkesan yang boleh diaplikasikan di sekolah anda. Sila beri latar belakang sekolah anda sebelum menghuraikan model yang anda pilih.
Saya bertugas di Maktab Rendah Sains MARA Tun Mustapha yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Rendah Sains MARA Tawau. Sekolah saya merupa sekolah berasrama penuh yang mana pelajar terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam UPSR. Boleh dikata mereka semua terdiri daripada pelajar cemerlang akademik. Saya akan menggunakan model sekolah berkesan yang diperkenalkan oleh Halpin dan Croft (1963). Munurut model ini iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut: (1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan, (2)

guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya, (3) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa, dan (4) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.
Konsep Penambahbaikan Sekolah
"If you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let itself be boiled to death. We too, will not survive if we dont respond to the radical way in which the world is changing" Charles Handy...
Pernyataan ini menunjukkan jika kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku yang sentiasa menekan diri sendiri, kita akan mati. Ini menggambarkan keadaan di sekolah yang perlu menangani kehendak masyarakat.
Soalannya apakah perubahan pada hari ini yang memerlukan warga sekolah berubah? Adakah sekolah anda memastikan perkara ini berlaku sekiranya anda seorang pemimpin sekolah?
dan
Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah?
Saya telah bertugas sebagai seorang guru selama 12 tahun. Saya telah berpeluang merasai tiga iklim persekolahan yang terbeza disebabkan faktor tempatan. Sekolah pertama saya ialah di MRSM Kulim, Kedah iaitu yang berada di kawasan paling utara di Malaysia. Sekolah kedua saya pula ialah di MRSM Pontian, Johor yang berada di Kawasan yang paling selatan di Malaysia dan sekolah ketiga saya pula di MRSM Tawau, Sabah yang berada di kawasan paling timur di Malaysia. Saya telah merasakan perbezaan iklim sekolah di ketiga-tiga sekolah tersebut kerana kedudukan yang jauh antara satu sama lain yang dibentuk oleh corak masyarakat setempat. Seperti di MRSM pertama saya di utara saya merasakan kurang desakan ibu bapa terhadap kecemerlangan anak mereka di sekolah terhadap guru. Mereka seolah-olah menyerahkan segala urusan anak mereka kepada pihak sekolah dan apa sahaja yang terjadi pada anak mereka di sekolah mereka lebih terbuka dan berserah dan menerima apa sahaja tanpa syarat. Hal ini berbeza dengan dengan keadaan di MRSM Pontian. Kebanyakan ibu bapa di MRSM Pontian adalah golongan ibu bapa yang hidup di bandaar besar di Johor Bahru. Mereka tidak mengharap perhatian guru sepenuhnya terhadap anak mereka tetapi mereka lebih mementingkan hubungan profesional guru terhadap anak mereka. Di MRSM Tawau pula mempunyai hubungan masyarakat yang sangat erat. Mereka hampir mengenali antara satu sama lain. Hal yang demikian mungkin telah menyebabkan tuntutan mereka terhadap perhatian anak mereka oleh guru sangat kuat dan mereka juga sangat menjaga hubungan profesional antara guru dengan mereka. Sebagai seorang guru tidak sepatutnya kita jadi seperti seekor katak yang kalah dengan keadaan sekeling. Ada kalanya guru perlu jadi seperti ikan di laut yang tidak kalah dengan kemasinan airnya malah dagingnya berasa amat sedap dan berkhasiat. Ada sesetengah ibu bapa tidak berpelajaran. Mentaliti mereka berbeza dengan guru yang berpelajaran. Guru perlu memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada ibu bapa tersebut akan ilmu-ilmu pendidikan supaya mereka boleh membantu anak mereka di rumah dengan pendidikan yang betul.

Keberkesanan sekolah dari segi perbelanjaan pendidikan bagi seorang pelajar
Bagaimana anda dapat mengukur perbelanjaan yang telah diberikan oleh pihak Mara kepada pelajar2 MRSM? Adakah perbelanjaan yang diberikan itu telah dapat menghasilkan kualiti pendidikan yang tinggi kepada negara?
MARA telah membelanjakan banyak duit bagi setiap pelajar di MRSM. Tidak kurang daripada ringgit Malaysia 7 ribu bagi setiap pelajar setahun dibelanjakan di MRSM. Pihak MARA setiasa menitikberatkan kualiti pendidikan pelajar di MRSM. Setiap guru dan staf bukan akademik diberikan kursus peningkatan kualiti kerja tidak kurang daripada 7 hari setahun malah ada yang mencecah 21 hari setahun. MARA juga sentiasa memperkenalkan modul-modul pengajaran yang baru untuk dilaksanakan di MRSM seperti modul IGCESE, Ulul Albab, Smart School dan lain-lain. Bukan guru sahaja dihantar untuk tujuan peningkatan kualiti malah pengetua juga dihantar keluar negara seperti ke United Kingdom, Korea, Autralia, dan sebagainya dan yang terkini MARA dalam proses untuk menaik taraf pengetua dengan mewujudkan pengetua yang memiliki Sarjana dalam Kepengetuaan.

Friday, 22 March 2013
KEMAMPUAN PENGETUA MEMIMPIN SEKOLAH TANPA KUASA DAN KEDUDUKAN
Pengetua merupakan pemimpin dan pentadbir sekolah. Baik dan buruk sesebuah sekolah pada persepsi masyarakat kebiasaannya sangat bergantung pada peranan pengetua di sekolah. Persepsi ini sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepada pengetua mencorakkan bentuk kepimpinan mereka dalam mentadbir dan mengurus sekolah.
Untuk memenangi persepsi baik masyarakat terhadap sesebuah sekolah, hal ini sangat bergantung kepada dua perkara pada matlamat utama penubuhan sesebuah sekolah iaitu kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.
Oleh yang demikian, pembentukan budaya di sekolah sangat penting bagi membentuk sekolah yang berkesan dan baik pada persepsi masyarakat. Dalam membentuk budaya yang sihat dan baik yang dapat memberikan keberkesanan sesebuah sekolah pengetua memerlukan corak kepimpinan yang boleh memberikan impak maksimum kepada pembentukan budaya yang baik tersebut. Kepimpinan pengetua yang berkesan bergantung kepada cara pengetua mentadbir sekolah mereka.
Kebiasaannya kemampuan pengetua memimpin sekolah bergantung kepada kedudukan dan kuasa mereka. Walau bagaimanapun, kedudukan dan kuasa tidak semestinya mempengaruhi kepimpinan pengetua di sekolah. Hal ini telah dibuktikan oleh pengetua saya di MRSM Tawau yang memimpin sekolah dengan baik tanpa mengira kuasa dan kedudukan beliau di sekolah.

Subscribe to:
Posts (Atom)