Pengetua merupakan pemimpin dan pentadbir sekolah. Baik dan buruk sesebuah sekolah pada persepsi masyarakat kebiasaannya sangat bergantung pada peranan pengetua di sekolah. Persepsi ini sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepada pengetua mencorakkan bentuk kepimpinan mereka dalam mentadbir dan mengurus sekolah.
Untuk memenangi persepsi baik masyarakat terhadap sesebuah sekolah, hal ini sangat bergantung kepada dua perkara pada matlamat utama penubuhan sesebuah sekolah iaitu kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.
Oleh yang demikian, pembentukan budaya di sekolah sangat penting bagi membentuk sekolah yang berkesan dan baik pada persepsi masyarakat. Dalam membentuk budaya yang sihat dan baik yang dapat memberikan keberkesanan sesebuah sekolah pengetua memerlukan corak kepimpinan yang boleh memberikan impak maksimum kepada pembentukan budaya yang baik tersebut. Kepimpinan pengetua yang berkesan bergantung kepada cara pengetua mentadbir sekolah mereka.
Kebiasaannya kemampuan pengetua memimpin sekolah bergantung kepada kedudukan dan kuasa mereka. Walau bagaimanapun, kedudukan dan kuasa tidak semestinya mempengaruhi kepimpinan pengetua di sekolah. Hal ini telah dibuktikan oleh pengetua saya di MRSM Tawau yang memimpin sekolah dengan baik tanpa mengira kuasa dan kedudukan beliau di sekolah.
No comments:
Post a Comment