Bagaimana anda dapat mengukur perbelanjaan yang telah diberikan oleh pihak Mara kepada pelajar2 MRSM? Adakah perbelanjaan yang diberikan itu telah dapat menghasilkan kualiti pendidikan yang tinggi kepada negara?
MARA telah membelanjakan banyak duit bagi setiap pelajar di MRSM. Tidak kurang daripada ringgit Malaysia 7 ribu bagi setiap pelajar setahun dibelanjakan di MRSM. Pihak MARA setiasa menitikberatkan kualiti pendidikan pelajar di MRSM. Setiap guru dan staf bukan akademik diberikan kursus peningkatan kualiti kerja tidak kurang daripada 7 hari setahun malah ada yang mencecah 21 hari setahun. MARA juga sentiasa memperkenalkan modul-modul pengajaran yang baru untuk dilaksanakan di MRSM seperti modul IGCESE, Ulul Albab, Smart School dan lain-lain. Bukan guru sahaja dihantar untuk tujuan peningkatan kualiti malah pengetua juga dihantar keluar negara seperti ke United Kingdom, Korea, Autralia, dan sebagainya dan yang terkini MARA dalam proses untuk menaik taraf pengetua dengan mewujudkan pengetua yang memiliki Sarjana dalam Kepengetuaan.
No comments:
Post a Comment