Manusia telah dijadikan Allah bukan sahaja berbeza dari segi fizikal seperti warna kulit, rupa, tinggi, rendah, warna rambut, warna mata, dan sebagainya. Manusia juga berbeza dari sudut pandangan, pemikiran, perangai, sifat, tabiat, dan sebagainya. Guru-guru, pengetua atau pentadbiran juga tidak terlepas daripada kepelbagaian tersebut kerana mereka semua golongan manusia tersebut. Begitu juga dengan nilai yang ada dalam kalangan mereka juga akan berbeza-beza dari sudut amalan atau fahaman mereka. Sebagai seorang ketua atau pengetua di institusi-institusi pendidikan perlu sedar dan tahu akan kepelbagaian nilai yang ada dalam setiap guru. Antara kepelbagaian nilai yang mesti diamalkan oleh guru yang perlu diketahui oleh seorang pengetua ialah:
1. Berupaya bertolak ansur atau bertoleransi dalam perkara-perkara yang memerlukan
berbuat demikian.
2. Perasaan saling hormat-menghormati antara satu sama lain sama ada sesama
guru, pelajar, atau pihak pentadbiran.
3. Bertindak secara profesional dengan boleh menerima kritikan atau cadangan secara
terbuka dalam keadaan salaing hormat-menghormati sama ada sesama guru, pelajar,
atau pihak pentadbiran.
4. Perasaan dan kelakuan sepenuh hati menerima pandangan dan idea orang lain.5. Berupaya dengan sepenuh hati menerima satu tanggungjawab yang telah diputuskan
dalam sesuatu keputusan terutamanya yang telah diputuskan dalam sesuatu mesyuarat.
No comments:
Post a Comment